Wednesday, August 16, 2006

Som Som Nenas

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting


Som Som Nenas

Bahan2
300 gm nenas dicincang halus
200gm Tepung Beras
500gm Santan
1200ml air
2 helai daun pandan
secubit garam

Untuk kuah
200gm gula merah
200ml air
50gm gula pasir
2 helai daun pandan

Cara2
1. Campurkan tepung beras dan santan, kacau sebati
2. Masakkan air dan daun pandan hingga mendidih
3. Setelah mendidih, masukkan campuran santan dan tepung beras tadi
4. Kacau hingga kenyal.
5. Masukkan adunan kedalam bekas (1/3) dan taburkan nenas .
6. Tuang lagi sebahagian adunan utk menutupi nenas tadi
7. tuang kuah dan siap di makan

Cara buat kuah
1. Campurkan semua bahan dan masak hingga gula larut.

Sesuai di makan ketika berbuka puasa.

Wednesday, August 09, 2006

Photobucket

This is a test post from Photobucket.com

Kerabu Sotong

Photobucket - Video and Image Hosting

Kerabu Sotong

Bahan2

4 ekor sotong ( dipotong bulat dan dicelur dgn air panas)
daun ketumbar ( dipotong kasar )
1 biji tomato ( di hiris nipis )
1 biji bawang besar ( di hiris nipis )
1/2 biji perahan limau
lada sulah
garam dan gula
sos tiram ( optional )

Gaul semua bahan di atas.. dan hidangkan...
nie kerabu sotong ala thai...

Cendawan Goreng

Photobucket - Video and Image Hosting

Cendawan Goreng

1. Cendawan yg lebar2 tu,,,apa nama ye
2. Tepung goreng segera
3. telur ( dikocok dan di letak lada sulah )

* jgn tambah garam...tepung dan masin

Toskan cendawan...celup dalam telur..golek atas tepun dan goreng dgn api perlahan..jgn kuat..nanti tepung dah garing cendawan masih mentah

Friday, August 04, 2006

Fish & Chip

Photobucket - Video and Image Hosting

FISH AND CHIPS
Resipi Asal : Kak Limah (RNet)

Bahan :
700 gr ikan kakap tanpa tulang dan kulit (untuk memudahkan
gunakan dory fish)
Garam secukupnya
Serbuk lada putih secukupnya
100 gr tepung gandum
75 gr mentega, cairkan
45 ml susu cair
1 butir telur
30 ml air masak
French fries siap beli dalam packet secukupnya

Peraturannya:.
Potong ikan bentuk segi empat (2 x 2 cm), tabur garam dan serbuk
lada putih. Lalu diamkan.
Masukkan mentega cair dalan tepung gandum, tambahkan telur, susu
dan air masak. Kacau rata hingga mengental.
Ambil potongan ikan, masukkan dalam adonan tepung, lalu goreng
hingga masak dan garing kecoklatan. Angkat lalu toskan
minyaknya.Goreng french fries sampai berwarna kuning kecoklatan.
Angkat lalu toskan!
Tempatkan ikan goreng dalam pinggan bersama dengan french fries.
Sedap dimakan bersama cili sos dan juga mayonaise.

Harum Manis

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Harum Manis

300 gm gula melaka
350 ml air
3 biji telur
200 gm gula pasir

Ayak bersama :
350 gm tepong gandum
1/2 tsp baking powder
1 tsp bicarbonate soda

1/4 tsp garam
1 tbsp vanilla essence
50 gm mentega dicairkan
8-9 biji pisang raja dihiris bulat tipis

Masak gula melaka dengan air hingga larut (utk jadikan
sirap). Tapis dan sejukkan

Pukul telur dan gula hingga naik.

Masuk tepong sedikit demi sedikit dengan menggunakan
spatula dan kacau rata.

Masukkan vanilla essence dan mentega cair serta sirap
gula melaka dan kacau hingga sebati

Sapukan acuan kecil2 dengan mentega. Tuangkan 3/4
penuh sahaja dalam acuan lalu letakkan hirisan pisang
keatas adunan.

Kukus selama 15-20 minit.

Pepperonchino

Photobucket - Video and Image Hosting

Nie salah satu spaghetti yg simple dan saya suka masak masa bujang2 dulu.Resipi dari buku resipi jepun .
Mungkin tak ramai yg menggemari. Rasanye lemak-lemak olive oil, pedas2 cabai.

Pepperonchino

Spaghetti untuk 2 orang makan ( di rebus )

3 biji bawang putih di potong secara bulat ( dibuang tengah )
4 tangkai cabai kering di gunting halus ( bulat2)
3 sudu olive oil.

1. panaskan olive oil dan masukkan bawang putih. goreng sampai garing
2. masukkan cabai dan goring garing, terus masukkan spaghetti, letak garam
3. Gaul2 dan angkat...taburkan cheeseeee ( mesti byk2 sikit )

Tuesday, August 01, 2006

Kek Prune Kukus Leen

Photobucket - Video and Image Hosting

Resipi Kek Prune Kukus Leen


250 g butter
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
1/4 tin besar susu pekat manis (kalau guna tin kecil 1/3 pun cukup)
20 biji prune (kisar dengan sedikit air, setakat boleh kisar dah cukup)
5 biji prune (hiris kasar)
5 biji telur

Cara :
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Putarkan butter/gula/susu sehingga sebati.
3. Masukkan telur satu per satu dan putar lagi.
4. Masukkan prune yg telah dikisar.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan prune yg dihiris kasar dan kacau dengan senduk
sudah memadai.
7. Griskan loyang dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak, tuang
adunan
ke dalam loyang dan kukus selama 1 1/2 jam.
8. Kalau nak bagi cantik, letakkan beberapa biji prune di atas adunan
sebelum dikukus sebagai hiasan.

Dadih Eonis

Photobucket - Video and Image Hosting

DADIH EONIS
Sumber: Eonis Balqis (cari.com)
dapat 46 bekas kecik

Bahan2
Air 3600 ml
susu 530 gm (bancuh ngan air)
gula 400 gm
sedikit perisa jagung, rose.
garam ckit
agar2 3/4(eon beli yg 20gm tu) rendam air dl..

Cara2
1. masak agar2 ngan air......hingga hancur
2. tapis bancuhan susu td ke dlm periuk..
3. buh gula, garam, (sape xnak bau susu buh vanila ckit)
5. ambik 1/3 utk pior susu, tapis msk dlm bekas.
6. ambik 1/3 lg buh dlm mangkuk then msukkan rose... then tapis msk dlm bks kecik.
7. 1/3 lg masukkan jagung... then tapis msk dlm bks kecik..
8. biarkan sejuk.
9. bila tul2 sejuk... tutup ngan penutup bks tu. masukkan dlm peti.

Tips Kak Lynn Sham:

Ini cara saya buat - masakkan agar-agar dengan 2liter air hingga hancur. Bancuh susu tepung dengan 400ml air panas dan kemudian tapiskan ke dalam agar-agar yang telah hancur. Masukkan gula, garam & vanila, jika suka. Saya masakkan atas api perlahan sambil mengacau. Bila gula dah hancur (saya tak tunggu hingga mendidih), matikan api & bahagikan kepada beberapa bahagian untuk dicampur pewarna & perisa yang digemari. Tuang ke dalam bekas, biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam fridge.

Acar Ikan Masin Kurau

Photobucket - Video and Image Hosting

Acar Ikan Masin Kurau
Resipi Asal : Cik Bunga (Rnet)

Bahan-Bahannya:-

1 paket isi ikan masin kurau
( di potong sebesar ibu jari )

Bahan2 ( dikisar )
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup

Bahan di goreng tanpa minyak + ditumbuk halus
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan pedas
1 sudu kecil biji ketumbar

5 biji bawang merah ( di potong 2 )
5 biji bawang putih ( dipotong 2 )
5 tangkai cili padi
daun kari
Gula pasir + gula merah
Cuka

Cara :

Tumis daun kari dan Cili blend tadi sehingga pecah minyak.
Masukkan gula, tumis lagi.
Masukkan rempah dan tumis hingga sebati.
Maukkan cuka, ikut suka kepekatan , kuah acar akan menjadi likat selepas beberapa hari.
Kemudian rasa kuah...masam dan manis.
Bila kuah mendidih, masukkan ikan dan bawang merah, putih dan cili padi.Jerang hingga mendidih lagi dan tutup api.Biarkan acar nie sejuk sendiri dan baru disimpan.

* Please note that acar ni akan rasa..masam, manis n pedas.