Tuesday, August 01, 2006

Kek Prune Kukus Leen

Photobucket - Video and Image Hosting

Resipi Kek Prune Kukus Leen


250 g butter
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
1/4 tin besar susu pekat manis (kalau guna tin kecil 1/3 pun cukup)
20 biji prune (kisar dengan sedikit air, setakat boleh kisar dah cukup)
5 biji prune (hiris kasar)
5 biji telur

Cara :
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Putarkan butter/gula/susu sehingga sebati.
3. Masukkan telur satu per satu dan putar lagi.
4. Masukkan prune yg telah dikisar.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan prune yg dihiris kasar dan kacau dengan senduk
sudah memadai.
7. Griskan loyang dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak, tuang
adunan
ke dalam loyang dan kukus selama 1 1/2 jam.
8. Kalau nak bagi cantik, letakkan beberapa biji prune di atas adunan
sebelum dikukus sebagai hiasan.

No comments: