Tuesday, July 25, 2006

Milk Loaf

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Roti untuk sarapan pagi...resipi sila rujuk milk loaf yg terdahulu

Kek Durian

Photobucket - Video and Image Hosting

Kek Durian ( Resepi dari kek prune leen)

5 biji telur
250gm butter
1 cawan gula ( blend )
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan durian ( blend halus)
1/4 tin susu pekat

1. pukul butter + gula hingga kembang .
2. masukkan susu dan pukul lagi
3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan pukul sebati
4. masukkan durian dan pukul lagi
5. Masukkan tepung dan kacau sebati
6. Kukus selama 1 1/2 jam ataupun mengikut kek bila dah masak le/....*pakai cake tester daaa*

Mee Bandung Biskut Marie - Oichiiiii

Photobucket - Video and Image Hosting

MEE BANDUNG

Bahan-bahannya:
500 gram udang kering dikisar halus
300 gram kacang tanah (digoreng tanpa minyak) dikisar halus
300 gram biskut marie dikisar halus
A
500 gram gula pasir
600 gram cili kering yang telah dikisar
satu senduk besar minyak masak

B (juga dikisar halus)
7 biji bawang putih
1 labu bawang besar
3 batang serai
1 inci halia


Cara-caranya:
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan B. Tumis sampai garing.
2. Masukkan cili dan goreng sampai naik minyak. Kemudian
masukkan gula dan kacau hingga sebati. Kecilkan api.
3. Akhir sekali, masukkan bahan A. Kacau rata dan tutup api.


Lain-lain
Mee kuning
Daging direbus dan air rebusannya dicampur ke dlm perencah mee
bandung
Udang, Kerang, Sotong rendam (masukkan semua dlm kuah)
Sawi
Bawang goreng
Telur (di pecahkan dlm kuah)

# untuk 30 ? 40 orang

p/s : disebabkan perencah ini dibuat sekali banyak, so apabila nak masak ambik la sikit-sikit? moral of the story, simpan kat tempat beku supaya tahan lebih lama

Monday, July 24, 2006

Photobucket - Video and Image Hosting

RESIPI DAGING PALEMBANG
Resipi sumbangan :Anida abdul Manan

1 kg daging
½ inci halia di potong
½ inci lengkuas di potong
4 batang serai dititik
2 potong kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
3 biji bawang besar dipotong
5 biji bawang kecil dipotong
3 biji bawang putih dipotong
sedikit daun kari
2 sudu cili boh
Kicap
Santan

Caranya

Lembut kan daging
Tumiskan bahan serta garam dan masukkan daging gaul hingga sebati.
Masukkan kicap secukup hitam
Dah sebati masukkan santan & gula sedikit.
Setelah mengelegak , sudah masak.

Daging nie saya makan dgn nasi Mentega simple

Photobucket - Video and Image Hosting

1. Cairkan 2 sudu butter
2. Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang
3. Setelah naik bau Tumis bawang merah + bawang putih + halia yg dah dimayang halus
4. Masukkan beras yang sudah di basuh dan di tos.Gaul sebati
5. masukkan garam dan sedikit perasa ayam dan kunyit
6. Masukkan air dan masak dalam rice cooker

Nugget Daging

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Resepi asal Nugget Ayam.Worth to try.
Tak payah beli nugget lagi..

NUGGET AYAM
Sumber : Noormasri (ciknoor)

Bahan-bahan
500 g isi ayam } dikisar/cincang
1/4 cawan fresh breadcrumbs
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
serbuk cornflake secukupnya atau serbuk roti utk 'coating'
(1-2 biji telur }dipukul sedikit

Cara membuat
1. Campurkan ayam bersama fresh breadcrumbs, serbuk lada sulah dan garam.
2. Gaul sebati.
3. Ambil sedikit adunan bentukkan menjadi leper, ulang sehingga habis.
4. Kemudian celup ke dlm telur dan lepas itu digolek kedlm serbuk
cornflake/roti. Di sini Jeni menggunakan breadcrumb warna putih.
5. Ulang semula dgn mencelup ke dlm telur dan diakhiri dgn serbuk
cornflake/roti supaya mendpt lapisan luar yg agak tebal. Yang ini Jeni
gunakan breadcrumb warna kuning/oren.
6. Goreng dgn api perlahan sehingga kekuningan.
7. Sedia dimakan bersama sos

Friday, July 21, 2006

Milk Loaf

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Milk Loaf - Cosway

8oz susu segar
2 1/4 tepung roti
1 sb margerin
2 sb gula
1 sk garam
1/2sk yis
50gm kismis ( tambah sendiri)

Cara.
1. masukkan susu
2. masukkan bahan2 kering kecuali yis
3. buat lubang pada tepung dan letakkan yis
4 tekan setting .

Sorry nie kita guna bread Machine. So tekan setting je..syiok je..campak2..cukup 2 jam..bib bib bib bi...taraaaa..dah masak...hehehe

Nasi Arab

Photobucket - Video and Image Hosting

NASI ARAB
Resepi asal : Kak Ena ResipiDotNet

Bahan-bahannya
1 kg beras Basmathi – dicuci bersih
1000 ml air
1 ekor ayam, dipotong kecil dan dibersihkan
6 ulas bawang putih dikisar,
1 inci halia, dikisar
2 biji bawang besar, dikisar
2 biji tomato, dibelah empat
1/2 tin susu cair + perah sedikit limau nipis
3/4 cawan rempah daging + sedikit air
1 batang kayu manis
3biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka
sedikit daun ketumbar
sedikit daun pudina
2 helai daun pandan (simpul)
2 sudu besar minyak
2 sudu besar minyak sapi

Cara-caranya
1. Panaskan minyak sapi + minyak masak. Tumiskan bawang serta halia yang telah dikisar. Campurkan semua 4 sekawan + daun pandan. Tumis sehingga naik bau..
2. Masukkan rempah yang sudah dibancuh dengan sedikit air, goreng sehingga naik minyak.
3. Masukkan ayam yang sudah dibersihkan kacau sebati, kemudian masukkan air & tutup periuk.
4. Setelah ayam empuk sedikit dan air mendidih, campurkan susu cair, garam secukup rasa.
5. Masukkan beras, tomato buah, separuh daun ketumbar + daun pudina. Kacau rata dan tutup periuk.
6. Kacau sesekali dan setelah air agak kering taburkan lebihan daun ketumbar + pudina dan biarkan sehingga nasi masak.
7. Boleh angkat, taburkan bawang goreng dan hidangkan.

Monday, July 17, 2006

Daging Masak Hitam + Pulut Kuning

Pulut kuning & Daging Masak Hitam
* nie saya masak utk bawa bekal sarapan pagi utk ResipiDotNet semasa
jualan amal di Ampang. Resepi dari Mak di kampung.

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Daging Masak Hitam

Bahan2
1 kg daging

Di Kisar halus
3 biji bawang besar
20 tangkai cili kering

Bahan di goreng tanpa minyak dan di kisar/tumbuk halus
20 sen Jintan Pedas
20 sen Biji rempah
* kita beli yg 50sen kat pasar malam dan ambik separauh sahaja.

Kerisik dari 1/2 biji kelapa ( kira-kira 6-7 sudu besar)
Segenggam gula merah ( kira-kira 5 sudu besar)
Kicap ( saya guna cap kipas udang ) secukup rasa..

Gaul semua bahan2 di atas di dalam satu bekas...kicap tu sehingga nampak
adunan semua berkicap le....

Bahan utk menumis
4 biji bawang merah ( dimayang)
2 biji bawang putih ( dimayang )
kulit kayu manis
bunga lawang

Cara2
1. Tumis bahan2 penumis hingga naik bau
2. bila dah naik bau tuangkan daging yg dah di gaul dgn bahan2 di atas
3. Masukkan sedikit air asam jawa
4. Masak sehingga kering...

* Masak dia senang jek..tak remeh..tunggu je sampai kering....tapi lepas tu
rasa le masin manis nye...tambah le ikut citerasa....

Thursday, July 13, 2006

My Chewy Gooey Yummy Brownies

Photobucket - Video and Image Hosting

MY CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumbangan : Kak Mas - ResipiDotNet

250g butter - potong kecik
400g chocolate - potong kecik

6 eggs
340g brown sugar
2tsp esen vanilla
20g chocolate emulco

80g tepung gandum
60g cocoa powder
140g kacang walnut/pecan/almond/macadamia (optional)-toastkan

1. Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas tray 11X11.
2. Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit.
3. Masukkan telur, gula, esen dan chocolate emulco dalam satu mangkuk, guna hand whisk , kacau hingga gula cair.
4. Tuang adunan butter dan coklat tadi kedalam mangkuk dan gaul rata.
5. Ayak tepung gandum dan cocoa powder, jika bubuh kacang, masukkan dan gaul. Tuang tepung kedalam mangkuk diatas, gaul hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang dalam tray dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).
7. Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn icecream atau dgn sos kastad¡­

Tuesday, July 11, 2006

Apple Pie Ala McD

Photobucket - Video and Image Hosting

Resepinye:-

2 bijik Apple hijau (dipotong dadu)
1/3 cawan gula
1 sudu serbuk cinnamon ( aku tak letak sebab tak suka)

bahan2 atas nie masak kat atas api..sampai dia lembut..pastu lenyek2 sikit supaya dia hancur...jgn semua..ala kadarrrr

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan lemak sayuran ( vege shortening) - biar yg keras..kalau takde mentega pun bleh...tapi make sure keras lagi...
1/3 cawan air sejuk
1 sudu teh garam

ayak tepung dan garam
pastu potong2 kan llemak sayuran / mentega...dan gaul dgn tepung guna kaedah jari jemari..
maksudnye..gaul guna hujung jari..sampai semua bergentel..or sebati dgn mentega...
pastu masukkan air sejuk dan gaul dgn garfu..tapi aku uli jek dgn tangan..hahahhaha...
Pastu canai doh kat atas nie...dan buat ukuran 8 x 6 inci...letak apple tadi kat tengah..dan tangkup dua...
letak sikit air kat tepi2 pastri nie kasik melekat..pastu tekan dgn garfu...

goreng guna api sederhana...jgn leka..nanti terlebih masak= hangus macam contoh di atas....
lepas di goreng ..kalau suka boleh la tabur dgn gula yg dah di blend....

Sotong Goreng Ala Thai

Photobucket - Video and Image Hosting

Sotong Bercili

500gm sotong besar ( potong kecil2 dan kelar bersilang)
1 bj bawang besar ( di potong besar2)
1 1/2 sk bawang putih ( di cincang)
3 biji cili merah ( buang biji dan cincang)
3 sb minyak masak
2 sb sos ikan
1 1/2 sb cuka beras (takde pun takpe)

Caranya:-

1. Tumis bawang putih, hingga naik bau.masukkan bawang besar dan cili.
2. Tumis hingga layu dan garing sedikit.
3. Masukkan sotong dan masak hingga sotong melengkung
4. Campurkan sos ikan, cuka dan sesikit air
5. Gaul dan tutup api. Sotong tak perlu masak lama..nanti liat

Strawberry Butter Cake

Photobucket - Video and Image Hosting


Strawberry Yogurt Butter Cake

1 buku butter
2 cawan gula
3 cawan tepung naik sendiri
6 biji telur (tapi sy guna 4 biji saiz besar, itu je
yg ada he he)
2 sudu besar susu pekat manis
Aisin Vanilla
Yogurt Strawberry ( I cup RM1.29)

cara
Butter + gula + telur dipukul hingga kembang
Masukkan Vanilla + susu pekat manis + tepung + yogurt
Putar hingga sebati. Bakar.

Syucream

Photobucket - Video and Image Hosting

SYUCREAM - untuk 8 biji

Bahan2 untuk custard cream

1 cwn susu segar
40gm gula icing
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
10 gm BUTTER
2 biji kuning telur
vanila esen ssecukup rasa...

Bahan untuk doh puff

40 gm tepung gandum
40 gm butter
80 ml air
1 1/2 telur grade B ( 2 bijik utk grade C)

Cara2

Custard cream
1. Gunakan bowl yg Microwave proof , masukkan tepung gandum & jagung & 2
sudu besar susu ( dari 1 cup tadi)
2. kacau sehingga sebati. sudah sebati..masukkan kuning telur dan kacau
lagi...dah sebati baru masukkan lebihan susu sedikit demi sedikit dan kacau
hingga sebati
3. Tanpa menutup bowl..masukkan dalam microwave dan panaskan dalam suhu
tinggi selama 5-6 minit atau sehingga adunan menjadik kenyal. Dalam masa
tu, keluarkan adunan nie , 2-3 kali dan kacau sebelum diteruskan pemanasan
tadi.
4. DAH PANASKAN .KELUARKAN DAN GAUL SEBATI DGN BUTTER

ketepikan.

Doh
1. masukkan air dan butter dalam bowl dan panaskan dalam microwave selama 3
minit 30 saat,
2. keluarkan dan cepat2 campurkan tepung 4ogm dan kacau sehingga sebati
3. panaskan dalam microwave selama 50 saat.
4. keluarkan dan campur dgn telur dan kacau sehingga bila anda angkat
adunan dia akan ambil masa selama 5 count utk jatuh.
5. griskan loyang dan letakkan adunan menggunakan sudu..setinggi 1cm.
6. Bakar dalam suhu 190 delama 35 minit -OVEN
7. Bila dah masak..potongkan atasnye sedikit dan isikan dgn custard cream
( seperti dalam gambar)

Nota Kaki
1. masa bakar nanti dia akan naik dan akan kosong dalam puff tu..so bila
kita potong akan nampak bahagian kosong utk isi cream custard tadi.Senang
dan mudah..cuma lecehnye kena manyak kali masuk micorwave....

Dicadangkan makan selepas disejukkan dalam peti ais...

Tiramisu

Photobucket - Video and Image Hosting

Bahan A
250gm Cream Cheese
60gm gula icing

Bahan B
70ml air
15gm Gelatin powder

Bahan C
250gm Mascapone Cheese

Bahan D ( Coffee Syrup)
80gm Gula Caster
130ml Hot Water
2 1/2 tbs nescafe

Bahan E
400gm Double Cream
Chocolate Sponge cake 9" or Biskut finger sponge

Cara2
1.Campurkan Bahan D dan ketepikan.
2.Campurkan bahan B dan ketepikan hingga ia mengembang
3.Campurkan Bahan A dan pukul hingga sebati.
4.Campurkan mascapone cheese. Masa campur nie guna whisk sahaja..jgn pukul dgn mixer .
5.bila dah sebati campurkan gelatin . Sebelum dicampur gelatin tu hendaklah dipanaskan supaya dia tak berketul. guna method double boiler.
6.Campur kan 2 1/2 tbs coffee syrup ( dari no 1) dan kacau sebati. 7. Pukul double cream sehingga pekat. Hati2 jgn terlebih pukul.kalau terlebih akan pecah minyak..
8.campurkan adunan tadi dgn double cream..kacau sebati
9.Guna 9" loose base mould, layerkan mengikut turutan.
Bahagi sponge cake peda 3 bahagian.layerkan Sponge cake . Adunan cheese sehingga habis.3 cake, 3 adunan cheese
10. Sprinkle coffee syrup pada cake sebelum letak adunan cheese. 11. Chill for 2-3 hours.

Tips:- 1. Double cream jgn terlebih pukul,,,nanti adunan akan jadi kasar..kena perhati betul2...
2. Gelatin make sure dia dicairkan before add.
3.Masa tambahkan mascapone cheese , jangan di pukul lama...kalau tak mascapone cheese akan jadi kasar. ( tu yg terjadi pada kek tiramisu saya)
4. Menurut chef nie resepi asal tiramisu menggunakan 500gm mascapone cheese tapi sebab mascapone cheese mahal dia tukar la 250gm mascapone dan 250 cream cheese. so kalau yg nak betul2 rasa tiramisu bleh la guna full mascapone cheese.
5.Kalau guna sponge finger ( rasa nye tu le nama dia ..) rendam biskut tu dgn coffee syrup dan atur utk jadi base rapat2. untuk layer ke dua dan ke tiga..atur jauh2 ckit.
6.Nak keluarkan cheese tu...Chef tu panaskan dulu tepi2 loyang guna api..pastu dia keluarkan..mmg cantik....

My Funny Bunny cake for Haziq

Photobucket - Video and Image Hosting

Kek nie saya buat utk Birthday Haziq yg ke empat pada 1 January 2006 lepas. Konon2 nak buat bentuk bunny,.,tapi dah jadi macam panda kena tembak..jatuh terlentang...asyik kena gelak jek...tapi haziq suka gila...cake dalam tu saya buat 2 perisa. Kek Zebra dan Kek Oren. Next year kena gambaru buat kek power rangers

Nasi Goreng Thai

Photobucket - Video and Image Hosting

Nasi Goreng Thai ( berseafood)

2 1/2 mangkuk nasi
2 sb minyak masak
1 bj bawang besar ( dihiris kasar)
1 ulas bawang putih (di cincang)
2 sb sos ikan
kicap cair
Udang & Sotong secukupnye

utk hiasan
daun bawang
1 biji cili merah (di hiris)

Caranye2:-

1. Panaskan minyak. Gireng bawany hingga layu.Masukkan bawang putih.
2. Masukkan seafood dan goreng sebati.
3. Masukkan sos ikan, kicap cair dan masukkan nasi.
4. Gaul dan angkat.
5. Taburkan dgn hirisan daun bawang dan cili dan daun bawang

Pandan Chicken

Photobucket - Video and Image Hosting

Kek Zebra aka kucing comot

Photobucket - Video and Image Hosting

ZEBRA CAKE
Sumber: Jo's Deli Bakery
Menghasilkan 1 loyang 8" bulat

Bahan-bahannya
6 biji telur yang kecil (Diana gunakan 4 biji telur Grade B)
110 gram gula kaster
150 gram tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovalette
100 gram mentega, dicairkan
30 gram susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla

2 sudu teh serbuk koko
3 - 4 sudu besar air
1 sudu teh coklat emulco

Hirisan badam/ badam cincang

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8".
2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental. (Lihat gambar Kek Zebra 1).
4. Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati. (Lihat gambar Kek Zebra 2).
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.
6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain. (Lihat gambar Kek Zebra 3).
7. Taburkan dengan hirisan badam/ badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit.
8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas dibakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.

Nota:
1. Jangan gantikan susu pekat manis dengan susu segar/ UHT kerana ini akan membuat adunan tepung menjadi cair dan susah bila hendak melapis.
2. Air yang dicampurkan dengan serbuk koko dan coklat emulco boleh digantikan dengan susu segar.
3. Elakkan menggunakan tepung gandum/ tepung serbaguna, jika boleh. Bila memukul tepung pada kelajuan tinggi, gluten dalam tepung akan membina dan ini akan menyebabkan anda mendapat kek yang kenyal bila digigit.
4. Bila menggaul cecair coklat kedalam adunan, gaul satu arah pusingan dan jangan keterlaluan yang mungkin akan mengakibatkan adunan menjadi cair.
5. Sebaiknya mulakan dan akhir proses melapis dengan adunan plain.

Kek Lapis Cheese

Photobucket - Video and Image Hosting

Kek Lapis Cheese

Bahan A

5 biji telur - kuning
3 biji telur - putih
140 gm gula halus ( gula pasir yg di blend )
½ sudu ovellete

Bahan B

50gm air ais
125gm tepung serbaguna
1 sudu serbuk penaik / baking powder ( ayak dgn tepung )

Bahan C

200gm butter
125gm cheese cream

Cara2

1. Pukul bahan A sehingga kembang ( sehingga adunan
menjadi putih dan bila di angkat dia tak jatuh)
2. masukkan bahan B berselang seli
3. pukul butter sehingga kembang dan masukkan cheese
cream dan pukul sebati.
4. bakar selapis-selapis dalam loyang 7 x 7. satu lapis
4 sudu makan
5. Lapisan pertama suhu 180c dan guna api atas
6. Lapisan seterusnya guna api atas sahaja
7. Bakar sehingga permukaan berwarna keperang perangan.

* kalau pakai tepung naik sendiri or tepung hong kong…tak perlu tambah baking powder

Instant Sardine Puff

Photobucket - Video and Image Hosting

Nie masakan senang je...beli instant prata. masak sardin campur dgn lobak sikit...letak inti..dan bakar...yummy

Green Curry

Photobucket - Video and Image Hosting

Gulai Ayam Hijau

2 sk biji ketumbar
1 sk lada hitam
3-5bj cili hijau segar- dibuang biji
1cm lengkuas
3 sb daun ketumbar & batang ( dicincang )
2 ulas bawang putih
3 sb daun bawang ( bahadian putih & hijau -dicincang)
1 btg serai ( dicincang kasar)
2 sb minyak masak
400ml santan
4 helai limau purut
850gm isi ayam
1 ikat daun selasih
1 sb sos ikan

cara2nya

1. Tumbuk ketumbar dan lada hitam
2. Masukkan Cili Hijau, lengkuas, bwg putihm daun bawang dan serai.
Tumbuk hingga lumat.
3. Tumis ramuan di atas sehingga naik bau.
4. Masukkan Santan dan daun limau purut. Masak selama 10 minit
5. Ayam di potong dadu / kecil-kecil
6. Masukkan dalam kuah tadi bersama secawan air. Masak hingga empuk
7. Sebelum angkat masukkan daun selasih dan sos ikan
8. kacau sebentar dan angkat

Chelsea Bun

Photobucket - Video and Image Hosting

Chelsea Bun
************

Bahan A (dibancuh)
250ml Susu UHT
4 sudu teh instant yeast


Bahan B
500gm high protien flour
80gm gula kastor
1 sudu teh garam
200gm butter

Filling
50gm butter (dicairkan)
200gm mix fruit / sultana
100gm brown sugar
honey

Cara2
1.Campurkan bahan B, gaul rata,
2. Masukkan bahan A dan uli selama 5 -10 minit hingga doh licin dan lembut
3. Tutup doh plastik - rest for 10 minute
4. canai dalam bentuk segiempat setebal 5mm
5.sapukan mentega cair dan taburkan mixfruit yang sudah digaul bersama
brown sugar.
6. Gulung dan potong 1 inch. Rest for 1 hour
7. Bakar pada suhu 190 selama 14-18 minit
8. sapukan hOney untuk glazing

Butter Roll

Photobucket - Video and Image Hosting

Blueberry Cheese Cake

Photobucket - Video and Image Hosting

BLUEBERRY CHEESECAKE

Bahan A:
500 gm creamcheese, lembutkan (pada suhu bilik)
190 gm gula - saya guna gula kastor
3 biji telur saiz A, jika kecil guna 4 biji
1 sudu teh esen vanila
Jus dari 1 biji lemon (optional) - saya rasa lebih sedap dengan jus lemon
Blueberry filling

Bahan B - Base:
200 gm biskut digestive, dihancurkan
2 1/2 tbsp marjerin - saya guna 4-5 tbsp butter

Cara menyediakannya:
1. Gaul bahan B sampai boleh dikepal. Tekankan pada springform
dan sejukkan selama lebih kurang 1/2 jam.
2. Kisar creamcheese dengan gula hingga halus (fluffy). Masukkan
telur satu persatu sambil terus memukul. Setelah sebati,
masukkan esen vanila dan jus lemon. Kacau rata.
3. Tuang ke atas biskut yang telah disejukkan.
4. Bakar selama 40 minit.
5. Hiaskan dengan blueberry filling sebelum dihidangkan.

7 up steamed cake

Photobucket - Video and Image Hosting

Steamed Ice Cream Soda Cake

Bahan-bahannya

5 biji telur
210 atau 220 gram gula
150 g Tepung Cake
150 g Tepung Gandum
1/2 sudu besar ovalette
180g - 7 up/Sprite/Cream Soda.
2 sudu besar susu pekat

COLORING

Ikut perisa apa yg disukai. (Strawberry/Coklat/Orange/Pandan)

CARANYA

1. Pukul telur dgn gula sampai kembang selepas itu
masukkan ovellete dan pukul lagi hingga kembang.
2. Masukkan tepung diselang selikan dgn air 7 - up tadi.
3. Bahagiakan adunan utk dibubuh color.
4. Stim dulu adunan warna asal dalam 5 , 7 minit.
Selepas itu mulakan dengan warna pertama bakar lagi
dan buatla utk warna warna yg seterusnya

Kueh Lapis Merah

Photobucket - Video and Image Hosting


KUEH LAPIS MERAH
Resipi asal - Kak Hanieliza

Bahan-bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad/jagung
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 s/k garam

pewarna merah

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan
warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan
digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama
5 minit.
7. Lapiskan adunan merah dan asal/putih berselang seli sehingga
adunan habis.
8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.