Tuesday, July 11, 2006

Kek Lapis Cheese

Photobucket - Video and Image Hosting

Kek Lapis Cheese

Bahan A

5 biji telur - kuning
3 biji telur - putih
140 gm gula halus ( gula pasir yg di blend )
½ sudu ovellete

Bahan B

50gm air ais
125gm tepung serbaguna
1 sudu serbuk penaik / baking powder ( ayak dgn tepung )

Bahan C

200gm butter
125gm cheese cream

Cara2

1. Pukul bahan A sehingga kembang ( sehingga adunan
menjadi putih dan bila di angkat dia tak jatuh)
2. masukkan bahan B berselang seli
3. pukul butter sehingga kembang dan masukkan cheese
cream dan pukul sebati.
4. bakar selapis-selapis dalam loyang 7 x 7. satu lapis
4 sudu makan
5. Lapisan pertama suhu 180c dan guna api atas
6. Lapisan seterusnya guna api atas sahaja
7. Bakar sehingga permukaan berwarna keperang perangan.

* kalau pakai tepung naik sendiri or tepung hong kong…tak perlu tambah baking powder

2 comments:

Love Sweet Recipes said...

jenuh nak nunggu..selapis selapis kena bakar....letak lapis by lapis, pastu masukkan terus dalam oven leh tak? hehehehe

kek.. said...

tu sebab la kek lapis mahal,payah sgt nk buat huhuhu..